Ibn Taymiyya ‘s Misconceptions about Allah (Malay)

Ibn Taymiyya ‘s Misconceptions about Allah (Malay)

الحمد لله الذي تنزه عن الشبيه والجسم ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آلــه وصحبه ومن والاه 

Ibin Taymiyya dari sudut Aqidah

Susunan: Mohamad Ghouse Khan Surattee

Amma Ba’d: Adapun mengenai Ibin Taymiyya tidak semua orang islam sedar asal aqidahnya oleh kerana banyaknya penyokong-penyokongnya yang kian hari bertambah yang sentiasa menambahkan kepujian kepadanya tanpa melihat aqidahnya, terutama sekali ‘pejuang-pejuang’ nya yang kebanyakkkan berada di Timur Tengah. Namun oleh kerana tulisan-tulisan alim ulama ahlus sunnah yang mengistiharkan kesesatannya dapat kami kumpulkannya dengan kehendak Allah dan kami sangat terharu kerana sehingga saat ini masih ada tulisan-tulisan yang menjelaskan keadaan ibin Taymiyya yang sebenarnya.

Kami disini akan menjelaskan pengakuan Ibin Taymiyya sebagai penganut dan ulama ahlu tajsim oleh kerana terlalu banyak tulisannya samada secara samar-samar atau pun terang-terangan dalam perkara ini. 

Kami mulakan disini dengan satu pengakuannya yang jelas sebagai bukti beliau adalah sebahagian dari ulama aqidah dari kalangan ahli tajsiim ( dari firqah karamiyah ) dan kami akan menyusulkan 1 pendapatnya dari tulisannya sendiri sebagai satu bukti beliau cukup senang dengan kaum karamiyah oleh kerana kebanggaannya dan pujiannya yang tinggi kepada kaum karamiyah, yang sangat sesat mengikut pandangan jumhur ahlus sunnah oleh kerana karamiyah adalah golongan ahlu tajsiim yang isbatkan tubuh badan kepada Allah SWT ( jisim ).

Pengakuannya sebagai Ahlu Tajsiim : 

 

Kitab : At-Ta’siis Fii Radd Asaasit Taqdiis Pengarang : Ibin TaymiyyaJuz : 1  Barisan / halaman : 101  Bermula dari :

وليس في كتاب الله ولا سنة رسوله ولا قول أحد من سلف الأمة وأئمتها أنه ليس بجسم وأن صفاته ليست أجساما وأعراضا ، فنفي المعانى الثابة بالشرع والعقل بنفي ألفاظ لم ينَفِ معناها شرع ولا عقل ، جهل وضلال .”

Artinya : Tidak ada dalam kitab Allah ( Quran ) dan juga tidak ada dalam sunnah Nabi saw dan juga tidak ada satu pendapat dari seorang salaf dan ulamanya, yang menjelaskan bahawa dia ( Allah ) bukan jisim dan juga tidak ada juga ( dari sumber-sumber tersebut diatas ) yang menjelaskan bahawa sifat-sifatnya bukanlah jisim dan berlembaga. Adalah dengan menolak ma’na yang telah ditetapkan oleh syara’ dan akal dengan ketiadaan lafaz-lafaz ( yang menunjukkan Allah bukan jisim ), secara syara’ dan bukan menurut akal, adalah satu kebodohan dan kesesatan. 

Huraiannya : Oleh kerana tidak ada penafian dari nas, kita tidak boleh menafikan Allah itu tidak berjisim. Ringkasnya , Allah berjisim oleh kerana tiada penafian dari nas. 

Ini dikuatkan oleh pandangannya terhadap jasmaniah Allah swt dengan memberi contoh jika Allah berkehendak  ( dengan jisimnya ) untuk duduk di belakang/ buntut nyamuk sudah tentu dapat dilakukan dengan qudrahNya dan sifat kehalusanNya apatah lagi duduk di istana yang agung.

Kitab : At-Ta’siis Fii Radd Asaasit Taqdiis Pengarang : Ibin TaymiyyaJuz : 1  Barisan / halaman : 568  Bermula dari 

“ولو شاء – الله – لاستقر على ظهر بعوضة فاستقلت به بقدرته ولطف ربوبيته فكيف على عرش عظيم .”

Pendapatnya yang jelas yang membukti bahawa beliau adalah pencinta atau penganut kaum karamiyyah . 

Kitab : Minhajus Sunnah  Pengarang : Ibin Taymiyya Juz : 1 Barisan / halaman : 181  Bermula dari 

” كما قال ذلك من قال من الكرامية وغيرهم من نظار المسلمين”

Artinya : Begitulah berkata mereka yang berkata dari kaum karamiyyah dan juga selain dari mereka dari nuzaril muslimin ( ulama yang bertugas mempertahankan aqidah orang islam ). 

Penjelasan : Beliau dengan penuh kebanggaan telah menyamakan aqidah karamiah selari dengan aqidah para ulama yang mempertahankan Islam, sedang sudah di itifaq karamiah adalah satu kaum yang sabit kekufuran mereka kerana menisbahkan tubuh badan kepada Allah swt. 

Selepas kita dimaklumkan bahawa Ibin Taymiyya adalah seorang mujassim yang telah isbatkan jisim kepada Allah ,  ( dan ini adalah antara jenayahnya dalam aqidah menyebabkan berkali-kali beliau dipenjarakan selepas di inzar kan oleh Ibnu Qalawun ( Qadhi wilayah ) dan lujnah fatwah, dibawah pemerintahan ahlus sunnah wal jamaah) , beliau juga adalah seorang ahlu tasybih / musyabbih yang berpendapat bahawa ‘ mentasybih’ kan sesuatu kepada Allah bukan lah satu larangan dan celaan. Kerana tidak ada wurud sumber dari Nas dalam bentuk ‘mencela’ jika kita tasybih kan sesuatu kepada Allah. 

Page 1 of 2 | Next page