Ibn Taymiyya ‘s Misconceptions about Allah (Malay)


Warning: imagegif(): supplied argument is not a valid Image resource in /home/content/s/u/n/sunnah/html/wordpress/wp-content/plugins/wordpress-mobile-pack/plugins/wpmp_transcoder/wpmp_transcoder.php on line 500

Kitab : Bayan Talbisul Jahmiah Fi Ta’siis Bida’ihimul KalamiahPengarang : Ibin TaymiyyaJuz : 1  Barisan / halaman : 109  Bermula dari : 

” فاسم المشبهة ليس له ذكر بذم في الكتاب والسنة ولا كلام أحد من الصحابة والتابعين “

Artinya : Maka nama ‘Musyabbah’, tidak ada sebutannya dalam bentuk celaan dalam al-kitab dan sunnah dan tidak juga dari kata-kata seorang dari sahabat dan para tabi’iin.

Huraiannya : Mentasybih kan sesuatu terhadap Allah tidak ada celaannya dari kitab, sunnah dan para sahabat serta para tabi’iin.

Ini sama seperti hujjah ahlu musyabbih ketika memberikan tasybih kepada Allah dengan sesuatu.

Bukan setakat jisim, tasybih tetapi nisbah ‘had’ kepada Allah adalah salah satu aqidah Ibin Taymiyya. Beliau terus menerus mengisbatkan ‘had’ bagi Allah, iaitu Allah memerlukan ruang bagi dirinya bagaikan makhluk juga memerlukan ruang bagi diri mereka. 

Bukan sahaja beliau telah isbatkan ‘had’ ( ruang ) bagi Allah Ta’ala,  malah mengkafirkan mereka yang menolak nisbah ‘had’ kepada Allah swt. Sedangkan kita sudah maklumi bahawa Jumhur Ahlus Sunnah Wal Jamaah menolak nisbah jisim, had dan apa sahaja yang diperlukan makhluk untuk dinisbahkan kepada Allah. 

Pandangan Ibin Taymiyya mengenai ‘had’ ini, yang boleh kita rumuskan bahawa aqidahnya bukanlah aqidah salaf dan bukan ahlus sunnah wal jamaah, adalah seperti berikut : 

Kitab : Al-Muwafaqah  Pengarang : Ibin Taymiyya Juz : 2  Barisan / halaman : 29  Bermula dari : 

“فهذا كله وما أشبهه شواهد ودلائل على الحد ، ومن لم يعترف به فقد كفر بتنزيل الله وجحد آيات الله .”

Artinya : Dan semua ini dan seumpamanya bukti-bukti dan dalil-dalil keatas isbatnya ‘had’ bagi Allah, barangsiapa yang tidak i’tiraf ( atau 

tidak menerima ) dengannya ( dengan ‘had’ ) maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan Allah dan bersifat engkar dengan ayat-ayat Allah.

Setakat disini dahulu , kerana masih banyak silap dan salahnya dari sudut Aqidah yang bercanggah dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan beliau telah menlanggar 60 masalah ijma yang menyebabkannya berada dalam lembah kufur. Ini semua ada termaktub dalam simpanan kami hanya masa sahaja yang mengizinkan kami susun semula satu persatu.

Bagaimana kamu memandang kepada Ibin Taymiyya dengan gelaran ‘Sheikhul Islam’ , yang digelarkan ahlu tajsiim pada zamannya kepadanya oleh kerana beliau berjaya mempengaruhi ramai orang dari Asyaerah dengan kebijaksanaannya.

Seakian dahulu.

Susunan :

Mohamad Ghouse Khan Surattee 12 Rabiul Akhir 1422

 

Rujukan

1-                        التوفيق الرباني في الرد على ابن تيمية الحراني- جماعة من العلماء

2-                         التنديد بمن عدد التوحيد – الشيخ حسن بن على السقاف

Peace and Blessings upon the Prophet, his Family, and his Companions

© 2012 As-Sunnah Foundation of America

Page 2 of 2 | Previous page

Leave a comment

You must be