Soalan Tentang Ilmu Ghaib Nabi (s) dan Awliya

Sesetengah orang memetik beberapa ayat Al-Quran lalu mentejermah untuk menunujuk bahawa Allah telah menyuruh Rasul memberitahu kepada para sahabat yang beliau tidak mempunyai sebarang ilmu tentang hal ghaib. Perkara ini mengharainkan saya, dan di sini saya ingin mendengar pendapat tuan. Apakah pendirian Ahl al-Sunna tentang perkara ini – ilmu ghaib yang ada pada Rasul dan Awliya?

Al-hamdu lillah wa al-salat wa al-salam ‘ala rasulillah: Ilmu yang berkaitan dengan hal-hal ghaib merupakan hak mutlak Allah. Namun demikian, Allah juga berhak menurunkan ilmu tersebut kepada hamba-hambaNya yang tertentu:

“(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhaiNya.” (72:26-27)

Al-Hafiz ibn Hajar al-’Asqalani menerangkan ayat di atas seperti berikut:

Ayat tersebut jelas menunjuk bahawa Rasul boleh melihat sesetangah perkara ghaib, dan begitu juga dengan para wali yang mengikut nabi-nabi yang telah Allah turunkan pada masa ke semasa. Setiap wali menerima ilmu mereka daripada para nabi-nabi yang tertentu, maka di kurniakan (yukram) intipati ilmu tersebut. Perbezaan di antara para nabi dan awliya ialah nabi-nabi menerima ilmu tersebut melalui wahyu, dan bagi para awliya ilmu tersebut diperolehi melalui mimpi, mahupun ilham – dan Allah yang lebih mengetahui. 1

Ibn Hajar dalam memetik pendapat al-Qurtubi mengesahkan bahawa:

Orang yang benar dan salih (al-Muslim al-sadiq al-salih) mencerminkan keadan suci nabi-nabi di dalam diri mereka. Oleh yang demikian, para awliya di kurniakan (ukrima) sesetengah kebolehan yang ada pada diri nabi-nabi, seperti dapat mengetahui perkara-perkara yang bersabit dengan ghaib (wa huwa al-ittila’ ‘ala al-ghayb). Kebolehan mengetahui perkara ghaib tidak mungkin diperolehi oleh orang kafir, fasiq, dan mereka yang mengelirukan orang awam (al-mikhlat). 2

Maka adalah tidak benar and tidak wajar untuk menyatakan bahawa Rasul tidak mengetahui perkara-perkara ghaib. Kenyataan yang seperti ini hanya boleh di suarakan sekira ia disertakan dengan ungkapan: “Rasul tidak tahu perkara ghaib yang hanya Allah sahaja mengetahui.” Selain daripada itu, adalah tidak tepat bagi sesiapa mempercayai bahawa Rasul tidak tahu tentang ghaib. Adalah tidak wajar bagi seseorang nabi tidak mengetahui tentang perkara ghaib, apatah lagi apabila merekalah yang membawa berita daripada Maha Pencipta! Keadaan ini di khususkan kepada nabi terakhir, Rasulullah – yang telah naik ke tujuh peringkat langit dan syurga hingga berhadapan dengan Allah, Rasul yang telah membawa berita tentang awal penciptaan, keadaan Hari Kebangkitan, dan baginya Al-Quran telah di wahyukan. Allah berfirman kepada Rasulullah,

“Dan (juga kerana) Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah kurniaan Allah sangat besar atasmu.” (4:113) “Ini adalah di antara berita-berita penting tentang yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); tidak pernah kamu mengetahuinya dan tidak (pula) kaummu sebelum ini.” (11:49)

“Katakan: … Allah telah memberitahukan kepada kami di antara perkhabaran-perkhabaran (rahsia- rahsia) mu. Dan Allah serta Rasul-nya akan melihat pekerjaanmu…” (9:94)

Sesetengah orang berkata tentang Rasul, “Beliau mendengar!” (yaitu, senang percaya kepada perkataan orang lain). “Katakanlah: Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mu’min, dan menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu…” (9:61). Imam al-Baydawi mengulas: “Ayat ini merupakan amaran, bahawasanya beliau tidak jahil tentang percakapan kamu yang sebenarnya bedasarkan apa yang telah kamu katakan, tetapi beliau kasihan ke atas kamu.” 3

Namun demikian, Rasul tidak angkuh, dan beliau selalu menekankan bahawa sesetengah perkara ghaib merupakan pengetahun Allah yang mutlak, seperti pengetahuan tentang Hari Qiamat, dan “lima perkara” yang di firman di akhir Surah Luqman (31:34). Perkara ini di sahkan oleh beberapa hadis:

1. Utiytu mafatihu kulli shay’in illa al-khams. “Saya telah menerima kunci kepada semua perkara (yang ghaib) melainkan yang Lima (Allah sahaja yang tahu).” 4

Ibn Mas’ud mengulas: Utiya mafatihu kulli shay’in ghayr al-khams. “Beliau mempunyai kunci kepada semua perkara (ghaib) melainkan yang Lima (hanya Allah sahaja mengetahui).” 5

Ibn Hajar al-’Asqalani juga memetik dua hadis yang berkaitan di dalam Fath al-Bari:

Utiya nabiyyukum ‘ilmu kulli shay’in siwa hadhihi al-khams.

Utiytu mafatih al-ghayb.

“Nabi mu telah menerima semua melainkan Lima perkara.”

“Saya telah terima kunci-kunci Ghaib.” 6

Lima perkara tersebut adalah seperti berikut:

Page 1 of 4 | Next page