Soalan Tentang Ilmu Ghaib Nabi (s) dan Awliya

* Ilmu tentang apa yang ada di dalam rahim ibu * Ilmu tentang Hari Kebangkitan * Ilmu tentang apa yang akan seseorang perolehi kesokkan hari * Ilmu tentang tempat dan hari seseorang akan mati * Ilmu tentang waktu Allah akan turunkan hujan

(Hadis Ibn ‘Umar dan Bukhari).

2. Seorang daripada Banu ‘Amir, selepas bertanya beberapa soalan kepada Rasul, berkata: “Masihkah ada lagi ilmu yang engkau tidak tahu?” Rasul menjawab: “Allah telah mengajar saya banyak perkara, dan terdapat ilmu Ghaib hanya Dia sahaja yang tahu: Dia ada pengetahuan tentang Hari Qiamat, Dia turunkan hujan, Dia tahu apa yang ada di dalam rahim ibu, tiada sesiapa (melainkan Allah) tahu apa seseorang akan perolehi esok hari, dan tiada sesiapa (melainkan Allah) tahu di mana dia akan mati.” 7

3. Ibn Mardawayh mengesahkan ulasan ‘Ali yang di petik dari Surah Luqman dalam Kanz al- ‘ummal, sebagai ulasan untuk ayat 28:66 di dalam Surah al-Qasas, “Maka gelaplah bagi mereka segala macam alasan pada hari itu,” yang mana ‘Ali barkata: “Tidak ada perkara yang gelap bagi baginda Rasul melainkan lima perkara dari rahsia Ghaib” (lam yu’ma ‘ala nabiyyukum shay’un illa khamsun min sara’ir al-ghayb).

4. Dalam Tirmidhi (hasan sahih) dan Baghawi dalam Sharh al-Sunna berdasarkan riwayat Mu’adh ibn Jabal:

Rasul bersabda: “Allah datang kepada saya dengan gambaran yang teramat indah dan bertanya apakah saingan di antara malaikat-malaikat di langit, dan saya menjawab bahawa saya tidak tahu. Ketika itu Dia meletakkan TanganNya di antara bahu saya, dan saya rasa kesejukkannya menyusuk ke dalam diri, dan selepas itu semua ilmu di antara Timur dan Barat saya perolehi.”

‘Ali Qari menulis tentang hadis ini di dalam buku bertajuk Jam’ al-wasa’il fi sharh al-shama’il, di bawah bab serban Rasulullah, ulasan ke atas kutipan Tirmidhi terhadap Shama’il atau Sifat-Sifat Rasulullah:

Sama ada Rasul melihat Allah semasa beliau tidur atau Allah Subhanallah menjelmakan DiriNya kepada Rasul (bi al-tajalli al-suwari), hal sedemikian merupakan bentuk penjelmaan yang diketahui oleh mereka yang arif di dalam hal-hal kerohanian dan maqam (arbab al-hal wa al-maqam). Kejadian seperti ini mengandungi pengukuhan sifat-sifat Dia (hay’atihi) dan renungan terhadap penglihatan Dia (ru’yatihi). Kejadian ini hanya boleh berlaku akibat daripada kesempurnaan sifat dalaman Rasulullah (takhliyatihi) dan juga sifat luaran baginda (tahliyatihi).

Hanya Allah sahaja yang tahu tentang kedudukan nabi-nabi dan juga para awliyaNya. Mereka telah dibimbing oleh Dia dengan bimbingan yang terbaik, yang mana cermin hati mereka telah di cuci olehNya, sehingga mereka dapat melihat Maqam Kehadiran dan KekalNya (maqam al-hudur wa al-baqa’), dan mereka kikis dari diri mereka kekaratan huzur dan fana (sada’ al-huzur wa al- fana’).

Semoga Allah mencucuri kita dengan rintihan kerohanian mereka, semoga Allah memberi kita merasai hal dan adab mereka, dan semoga Allah matikan kita di dalam keadaan mencintai mereka dan di bangkitkan kita di kalangan golongan mereka. 8

al-Qari juga berkata di dalam al-Asrar al-marfu’a:

Ibn Sadaqa berkata bahawa Ibn Zar’a berkata: “Hadis Ibn ‘Abbas (tentang Rasul melihat Allah) adalah sahih, dan tiada siapa yang menafikan kecuali seorang Mu’tazili” [!] … Ibn al-Humam menjawab bahawa “keadaan (yang berlaku ke atas Rasul) merupakan hijab yang berbentuk (hijab al-sura).” Ibn al-Humam seolah-olah memberi maksud bahawa melihat wajah Allah boleh di realisasikan sekiranya ia ditafsir sebagai manifestasi formal (tajalli suwari), kerana adalah mustahil bagi mentafsirkan manifestasi tersebut sebagai haqiqi atau literal (tajalli haqiqi) … kerana Allah Maha Terpuji tidak boleh diibaratkan mempunyai badan, bentuk (sura), dan panduan-panduan perihal zatNya … Dan sekiranya hadis ini boleh dibuktikan sebagai palsu melalui isnadnya, maka palsulah; sekiranya tidak – maka pintu tafsiran sangat luas (bab al-ta’wil wasi’un muhattam). 9

5. Hadis yang berkaitan dengan “Ilmu Rasul di antara Timur dan Barat”, di klasifikasikan sebagai hasan, telah disahkan oleh penjelasan daripada al-Bara’ ibn ‘Azib:

Page 2 of 4 | Previous page | Next page