Soalan Tentang Ilmu Ghaib Nabi (s) dan Awliya

Semasa peperangan Ahzab, Rasulullah mengetuk batu dengan cangkulnya, maka bersabda: “Bismillah” dan berkecailah sepertiga batu tersebut. Beliau kemudian berkata: “Allahu akbar! Saya telah di beri kunci Sham (Syria). Dengan nama Allah, saya boleh melihat istana-istana merah dari tempat saya berdiri ini.” Kemudian beliau sekali lagi melafaz: “Bismillah” dan memecahkan sepertiga lagi batu itu dan melaung: “Allahu akbar! Saya telah di beri kunci Parsi (Iran). Dengan nama Allah, saya boleh lihat kota-kota dan istana putihnya dari tempat saya berdiri ini.” Kali ketiga baginda melafaz: “Bismillah” dan berkecailah kesemua batu tersebut dan melaung: “Allahu akbar! Saya telah di beri kunci Yaman. Dengan nama Allah, saya boleh melihat pintu San’a dari tempat saya berdiri ini.” 10

6. Versi yang berlainan tentang hadis di atas telah di riwayatkan oleh Salman al-Farisi. Ibn Hisham menceritakan di dalam Siranya melalui Ibn Ishaq:

Salman al-Farisi berkata: “Saya sedang menggali lubang di satu sudut di dalam kandak, dan seketul batu memberi masalah kepada saya. Pesuruh Allah hampiri saya dan melihat masalah yang sedang saya hadapi. Beliau turun dan mengambil cangkul saya lalu menghentuknya ke atas batu tersebut. Akibat daripada hentukan itu, percihan api menyinar daripada bawah cangkul tersebut. Beliau menghentuk cangkul itu tiga kali, dan setiap kali kelihatan percihan cahaya (api). Saya berkata kepada baginda: Saya memberi ayah dan ibu saya kepada baginda sebagai tebusan, Ya Rasulullah! Apakah sinaran yang saya perhatikan tadi? Baginda berkata: Adakah engkau nampak ini, O Salman? Saya berkata: Ya! Beliau barkata: Kali pertama, Allah membuka Yaman (di Selatan) bagi ku; kali keduanya, Dia membuka Utara (Al-Sham) dan Barat (al-Magrib) bagi ku; dan kali ketiganya, Dia membuka Timur (al-Mashriq).” 11

7. Dua riwayat di atas telah di sahkan oleh Abu Hurayra seperti yang di terangkan di dalam Ibn Hisham di dalam Siranya:

Ibn Ishaq berkata: Sumber yang boleh dipercayai meriwayatkan kepada saya bahawa Abu Hurayra pernah berkata apabila negara-negara tersebut ditakluk di waktu ‘Umar dan ‘Uthman dan juga selepas waktu ‘Uthman: “Takluklah apa yang boleh dipandang oleh anda. Dengan nama Allah yang memegang ruh Abu Hurayra, anda tidak akan dapat menakluk mana-mana kota sehingga Hari Qiamat melainkan Allah Maha Terpuji memberi kunci kota-kota tersebut kepada Muhammad sebelum ini.” 12

8. Sebuah hadis lagi di dalam Muslim juga mengesahkan hadis di atas:

Diriwayatkan oleh Asma’ bint Abu Bakar: Saya pergi berjumpa ‘Aisha semasa waktu gerhana matahari. Ketika itu ramai orang sedang menunaikan sembahyang gerhana, termasuklah ‘Aisha. Saya pun bertanya, “Apa hal dengan semua orang ini?” Beliau menunjuk ke langit dengan tangannya dan berkata, “Subhan Allah!” Saya bertanya, “Adakah ini petanda?” Beliau menganguk kepala untuk mengiyakan soalan saya. Apabila Rasulullah selesai dengan solat, baginda bertasbih dan memuji Allah dengan perkatan ini, “Tiada benda yang belum saya lihat, termasuklah Syurga dan Neraka. Telah diwahyukan kepada saya bahawa kamu semua akan diuji seperti Ad-Dajjal diuji di dalam kubur masing-masing. Bagi yang mu’min atau Muslim (pengulas tidak begitu pasti perkataan yang mana satu Asma’ telah gunakan) dia akan berkata, “Muhammad datang dengan tanda yang jelas daripada Allah, dan kami membalas dengan menerima ajaran beliau dan percaya akan apa yang baginda cakap.” Akan dikatakan kepada dia, “Tidurlah dengan aman; kami tahu yang kamu memang seorang mu’min, yang percaya dengan penuh keyakinan.” Bagi yang munafiq atau yang meragui (pengulas tidak begitu pasti perkataan yang mana satu Asma’ telah gunakan) dia akan berkata, “Saya tidak tahu, tetapi saya dengar orang lain kata sesuatu maka saya pun berkata begitu jua.” (Bukhari, Jilid 9, Buku 92, Nombor 390)

10. Pengesahan hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan oleh Hudhayfa di dalam Bukhari dan Muslim:

Pesuruh Allah memberi syarahan di mana baginda tidak tinggal satu perkara pun yang akan berlaku sebelum Hari Qiamat. Sesiapa yang ingat akan ingat, dan sesiapa yang lupa akan lupa. Ramai para sahaba saya mengingatinya. Apabila sesuatu kejadian sudah berlaku, saya akan mengenalinya seperti seseorang mengenali muka seseorang yang pernah dia lihat pada sesuatu ketika dahulu. Hudhayfa pun berkata, “Saya kurang pasti sama ada sahabat-sahabat saya terlupa atau pura-pura terlupa (yakni, untuk menjauhkan fitnah), tetapi Rasulullah tidak tinggal satu nama pun bagi mereka yang memulakan sesuatu angkara yang akan berlaku sehingga Hari Qiamat. Terdapat lebih tiga ratus nama orang yang terlibat di dalam angkara tersebut. Nama-nama mereka diiringi dengan nama bapa, dan juga puak masing-masing.

11. Pengesahan selanjutnya ialah sebuah hadis di dalam Bukhari:

Page 3 of 4 | Previous page | Next page